Halo .. halo .. Lama betul tak menaip .. Husshh .. malasnya tak payah cerita la . Memang berbakul-bakul . Kuikuikui . Hah , Ni lah nak cerita pasal tajuk di atas tu . BENGKEL DSLR PERCUMA . Apa tu DSLR ? Maksud DSLR ialah DIGITAL SINGLE-LENS REFLEX camera . Atau maksud dengan rajah seperti ini :
![]() |
| Pic cilok kat google je :D |
Kalu tak paham jugak .. g buka kamus .. hihihi . Okeh2 .. nampak benor haku tak ikhlas nak bagi tau kan .. hahaha . Aku rasa kebanyakkan anak remaja sekarang memang da mampu nak ada benda ni kot . Walaupun harga paling murah di pasaran mencecah RM 1000 ++ . Ala .. diut PTPTN kan banyak . Haip .. haip .. falsafah itu TIDAK BAIK ye adik-adik !! Sila keja , kumpul duit , baru beli okeh ?
Now a days , ramai yg GHAIRAH nak beli kamera ni , sbb STYLE . Paling rasa STYLE , bila jalan2 .. sangkut DSLR kat bahu , pastu semua org pandang . GLAMSSS habis ye tak ? Tapi bila ambil gambar , hasilnya ... sama jer cam pakai kamera kat HP 3310 . ( eh , 3310 ader kamera ker ? ) haha . Ok , aku tak cakap semua mcm tu . Mungkin ader yg betul nak belajar knowledge pasal photography , dan betul2 bersungguh pegi tuntut ilmu kat cikgu-cikgi yg da OTAI dlm dunia photography ni . Ada yg sanggup nak berabis beratus2 dlm sebulan , sbb nak timba ilmu .. berbengkel la ke sana ke mari . Dan , TAHNIAH !! sbb berjaya hasilkan gambar yg cantik !
Tapi sekarang , da ada yg lebih mudah . Tak perlu bayaran . Da ada cikgu yg baik nak berkongsi ilmu secara percuma dengan kita semua . Hahhh ... macam mana ? klik link FB ni . Pastu ask to join . Then boleh datang join bengkel yg dianjurkan ni secara PERCUMA .
Aku pun baru nak betul2 belajar dan nak memahami dunia photography ni . Walaupun En Abg da boleh di kategorikan otai dlm dunia photography ni , tp dia nak aku belajar dengan orang lain jugak . Jadi dia dengan rajinnya menghantar aku ke setiap bengkel yg Cikgu Adhadi ni buat .
1st Time hari tu , kat Taman Tasik Perdana . Start biasanya awal pagi , pukul 9 da kena berkumpul . Ada short briefing sikit , pastu dapat nota ringkas , kemudian baru mulakan kelas . Yang syoknya , Cikgu Adhadi ni mengajar secara praktikal . Dia brief , kemudian suruh kita try & error . Sampai la dapat hasil mcm yg sepatutnya . Nak belajar ni tak boleh malu , tak boleh jugak kedekut ilmu . Kalau dapat kongsi skill & teknik dgn org lain , lagi bagus . Macam-macam ilmu yg kita boleh dapat dlm masa beberapa jam . Class dissmissed pukul 1 . Apa yg saya dapat ?? hihii .. kongsi sikit jer la .. maluuuu ...
Subject hari tu , adalah bunga-bungaan . Cikgu ajar ttg teknik asas photography . Fokus lebih kepada subject ini :
- Latar
- Focus
- Point of view
- Bokeh ( background yg blur )
- Close up
- Rule of third ( kedudukan subject berada di tepi frame )
- Backlighting
- Foreground
- Fill in .
Ok lah , itu aje nak share dalam cerita kali ni . Next class , in the next post pulak . babai !














